BIDANG 2 - MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Tahun : 1
Bidang : Mengambar
Aktiviti : Membuat corak dan rekaan
Tema : Alam Semulajadi
Tajuk : Pembalut Hadiah
Masa : 60 Minit
Media : Alatan - Berus, Palete, Gunting, Bunga Butang, pembaris,
Bahan - warna poster, kertas lukisan, pensil warna
Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh hasil capan
Elemen Merentas Kurikulum : Elemen Kreativiti Dan Inovatif
Elemen Keusahawanan
- Sikap Keusahawanan
- Pemikiran Keusahawanan
- Aplikasi Teknologi dan Vokasional Keusahawanan
- Nilai moral dan etika
STANDARD KANDUNGAN
1.
Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik murid-murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa
seni visual yang terdapat pada karya seni.
2.1.1 Unsur Seni:
2.1.1.1 Rupa – organik
2.1.1.2 Warna – primer dan sekunder
2.1.2 Prinsip Rekaan.
2.1.2.1 harmoni – ulangan atau susunan yang seimbang
2.1.2.2 kesatuan – bahan alam semulajadi
2.2 Aplikasi Seni Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
2.2.1.1 Media basah – warna air, warna poster
2.2.1.2 Alat – berus warna, palet, bunga butang dan pembaris
2.2.1.3 Bahan – warna poster, kertas lukisan, pensil warna
2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
2.2.2.1 Teknik – capan (corak terancang).
2.3 Ekspresi Kreatif Murid boleh mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan kartya seni.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif.
2.3.2 menghasilkan corak teknik capan.
2.4 Apresiasi Seni Murid boleh membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
STANDARD PEMBELAJARAN | ILUSTRASI AKTIVITI |
Persepsi Estetik Bersoal jawab dengan murid-murid tentang cara membalut hadiah. Contoh : 1. Apakah bahan yang kita guna untuk membalut hadiah? Guru menunjukkan contoh pembalut hadiah yang terdapat di pasaran menggunakan tayangan LCD. Murid ditunjukkan tentang unsur seni yang terdapat di dalam contoh pembalut hadiah yang dibeli dari segi. · Rupa. · Warna – primer dan sekunder. Guru menunjukkan contoh hasil pembalut hadiah yang menggunakan teknik capan Murid ditunjukkan tentang unsur seni yang terdapat di dalam contoh pembalut hadiah yang dibuat dari segi ulangan dan susunan corak yang seimbang. Aplikasi Seni Guru menunjukkan cara menghasilkan pembalut hadiah dengan menggunakan teknik capan Guru berinteraksi dengan murid tentang cara pengunaan media dalam penghasilan corak teknik capan Ekspresi Kreatif Guru meminta murid memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. Langkah 1 Guru mengedarkan contoh-contoh pembalut hadiah dan alatan yang berkaitan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Langkah 2 Murid diminta membuat kotak mengikut saiz lebar pembaris dengan menggunakan pembaris dan pensil warna. Langkah 3 Murid membancuh warna didalam palet, murid mencelupkan bunga butang ke dalam palet untuk dicapkan di dalam kotak-kotak yang telah dibuat. Apresiasi Seni Murid mempamerkan hasil kerja masing-masing mengikut kumpulan. Guru meminta murid lain memilih hasil kerja terbaik dan mempamerkan hasil tersebut di hadapan kelas. Guru berinteraksi dan bersoal jawab tentang hasil kerja murid dengan memberi penekanan laras bahasa seni. Guru meminta murid menulis harga pada hasil pembalut hadiah yang dipamerkan. Guru memberi ulasan tentang perbezaan hasil seni yang menarik dan hasil yang kurang menarik mengikut gabungan warna unsur seni yang digunakan. | - |
No comments:
Post a Comment